Tuesday, February 19, 2013

Putra Canselor Carnival 2013 : We Are Young!

Wah..., Nama carnival je dah gempakkan..! Macam lagu We Are Young by Fun pulak! So sila open new tab, bukak youtube, kita layan dulu lagu We Are Young! dan boleh lah kita perasan ala-ala muda gitu...~


Eh..dah...dah...tak nak merepek panjang-panjang. Let's start.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Majlis Tertinggi Mahasiswa Kolej Canselor UPM sesi 2012/2013 akan mengadakan program Putra Canselor Carnival 2013 : We Are Young! (PCC 2013). Butiran program adalah seperti berikut:


Tarikh    : 15 hingga 17 Mac 2013

Masa       : 8.00 pagi hingga 12.00 tengah malam

Tempat : Padang Softball UPM dan Kolej Canselor UPM.



Program yang menggabungkan pelbagai pertandingan peringkat kebangsaan, galeri dan gerai keusahawanan ini menjemput semua warga Universiti Putra Malaysia (tak kira korang staff ke student ke..)  dan juga penduduk Serdang untuk datang beramai-ramai bagi memeriahkan lagi karnival ini.

Bagi mereka yang berminat untuk membuka gerai keusahawanan, terdapat 4 kategori jualan, iaitu ;


Kategori A : Jualan Buku dan Majalah
Kategori B  : Jualan Peralatan Komputer dan Telekomunikasi

Kategori C : Pakaian, hiasan dll.     (I loikeee...)
Kategori D : Makanan dan Minuman.


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi;
Nur Nasuha Gan binti Mohamad Azlan Gan
Pengurus Gerai Jualan dan Galeri
di 012-986 3865          


Tak puas hati..., nak lagi maklumat lanjut...?
korang boleh klik link  ini dan ini  laju-laju. 

Khas untuk warga kelab KSKPKU.., meh kita serang PCC2013 ramai-ramai..!! 


Ok..! Jumpa disana...!!! (^_~)

           

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.