Sunday, March 17, 2013

SOLAT HAJAT "SELAMATKAN MEREKA DI LAHAD DATU"


Assalamualaikum! 



Selamat Hari Isnin..jangan ada antara kita yang Monday Blues tau..,
niatkan di hati kita, kerja kerana Allah, In Sha Allah, semua akan berjalan dengan lancar..,

Ok.., disini saya ingin menguar-warkan  satu PENGUMUMAN!!


SATU SOLAT HAJAT ''SELAMATKAN MEREKA DI LAHAD DATU'' 
AKAN DIADAKAN PADA:
HARI: RABU SELASA
TARIKH : 20 MAC 2012 26 MAC 2013
MASA: SELEPAS SOLAT ZUHUR
TEMPAT: BILIK SEMINAR PKU

KEPADA SEMUA STAF PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI, ANDA SEMUA DIJEMPUT HADIR DAN SILA BAWA SEJADAH MASING-MASING. 





Tuesday, February 19, 2013

Putra Canselor Carnival 2013 : We Are Young!

Wah..., Nama carnival je dah gempakkan..! Macam lagu We Are Young by Fun pulak! So sila open new tab, bukak youtube, kita layan dulu lagu We Are Young! dan boleh lah kita perasan ala-ala muda gitu...~


Eh..dah...dah...tak nak merepek panjang-panjang. Let's start.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Majlis Tertinggi Mahasiswa Kolej Canselor UPM sesi 2012/2013 akan mengadakan program Putra Canselor Carnival 2013 : We Are Young! (PCC 2013). Butiran program adalah seperti berikut:


Tarikh    : 15 hingga 17 Mac 2013

Masa       : 8.00 pagi hingga 12.00 tengah malam

Tempat : Padang Softball UPM dan Kolej Canselor UPM.



Program yang menggabungkan pelbagai pertandingan peringkat kebangsaan, galeri dan gerai keusahawanan ini menjemput semua warga Universiti Putra Malaysia (tak kira korang staff ke student ke..)  dan juga penduduk Serdang untuk datang beramai-ramai bagi memeriahkan lagi karnival ini.

Bagi mereka yang berminat untuk membuka gerai keusahawanan, terdapat 4 kategori jualan, iaitu ;


Kategori A : Jualan Buku dan Majalah
Kategori B  : Jualan Peralatan Komputer dan Telekomunikasi

Kategori C : Pakaian, hiasan dll.     (I loikeee...)
Kategori D : Makanan dan Minuman.


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi;
Nur Nasuha Gan binti Mohamad Azlan Gan
Pengurus Gerai Jualan dan Galeri
di 012-986 3865          


Tak puas hati..., nak lagi maklumat lanjut...?
korang boleh klik link  ini dan ini  laju-laju. 

Khas untuk warga kelab KSKPKU.., meh kita serang PCC2013 ramai-ramai..!! 


Ok..! Jumpa disana...!!! (^_~)

           

Wednesday, December 12, 2012

This blog is under maintenance.
Please drop your suggestion for improvement this blog.
Thank You. 

Tuesday, July 24, 2012

Majlis Khatam Al-Quran, Berbuka Puasa & Solat Tarawikh

Majlis Khatam Al-Quran, Berbuka Puasa & Solat Tarawih..

Tarikh ==> 10 Ogos 2012 (Jumaat)
Masa ==> 6.00 ptg - 10.00 mlm
Tempat ==> Bilik Seminar PKU

Semua staf & keluarga dijemput hadir

Kali ini, Kelab menampilkan perbezaan dengan mengadakan Majlis Khatam Al-Quran, Berbuka Puasa & Solat Tarawih dengan berkonsepkan kekeluargaan. Semua Ahli Kelab dijemput hadir beramai-ramai bersama keluarga pada tarikh tersebut bagi memeriahkan lagi majlis tersebut.

Pada majlis tersebut kita akan bergotong royong menyediakan makanan, memasak dan mengemas bersama-sama tanpa melibatkan bufet dari luar. Bermakna apa yang bakal kita & keluarga kita berbuka pada hari itu adalah dari air tangan kita.

Antara menu yang telah dipersetujui adalah seperti Masak Lemak Nenas Ikan Masin, Sambal Udang Petai, Ikan Goreng, Sayur Campur, Pengat Pisang dan banyak lagi. Ahli juga dijemput untuk membawa makanan (ala² potluck) untuk dirasai sesama kita..

Maka, kelab menyeru kepada semua ahli agar dapat mengimarahkan lagi Program yang dianjurkan oleh Biro Kebajikan dan Kerohanian, Kelab Sukan dan Kebajikan PKU ini...

Thursday, June 21, 2012

Ramadhan Menjelma Lagi

SALAM RAMADHAN SEMUA


Jadikan RAMADHAN sebagai UNIVERSITI yang mengajar kuliah-kuliah IBADAH...
tutorial-tutorial IMAN...assignment-assignment TAQWA…&…amali-amali AGAMA...
diharapkan kita memperolehi ijazah KEREDHAAN dari-NYA..



Monday, May 23, 2011

.:Pertandingan Mereka Design T-Shirt Kelab:.

Anda Kreatif..??
Mempunyai bakat terpendam..??
Ya...!! ANDA lah yang kami cari..!!! 

kami disini ingin mengadakan Pertandingan Design T-shirt Kelab KSKPKU 

Berikut adalah ciri-ciri yang perlu ada di dalam T-shirt tersebut.
1.Ahli kelab KSKPKU
2.Wajib ada nama dan logo KSKPKU
 3.Warna bebas terpulang kepada anda untuk design warna apa pun
4.Design juga bebas. Pastikan ianya adalah original design 
5.Wajib design depan dan belakang t-shirt



Print out t-shirt kosong dibawah dalam size A4, dan mulakan design anda!



Kepada pemenang bertuah, sehelai T-shirt Kelab dan hadiah misteri menanti anda!

Sila hantarkan hasil karya kreatif anda kepada :

- En. Muhamad Nazari Ismail
-Pn. Erwani binti Esmail,

selewat-lewatnya pada 07 june 2011