Majlis Khatam Al-Quran, Berbuka Puasa & Solat Tarawih..
Tarikh ==> 10 Ogos 2012 (Jumaat)
Masa ==> 6.00 ptg - 10.00 mlm
Tempat ==> Bilik Seminar PKU
Semua staf & keluarga dijemput hadir
Kali ini, Kelab menampilkan perbezaan dengan mengadakan Majlis Khatam Al-Quran, Berbuka Puasa & Solat Tarawih dengan berkonsepkan kekeluargaan. Semua Ahli Kelab dijemput hadir beramai-ramai bersama keluarga pada tarikh tersebut bagi memeriahkan lagi majlis tersebut.
Pada majlis tersebut kita akan bergotong royong menyediakan makanan, memasak dan mengemas bersama-sama tanpa melibatkan bufet dari luar. Bermakna apa yang bakal kita & keluarga kita berbuka pada hari itu adalah dari air tangan kita.
Antara menu yang telah dipersetujui adalah seperti Masak Lemak Nenas Ikan Masin, Sambal Udang Petai, Ikan Goreng, Sayur Campur, Pengat Pisang dan banyak lagi. Ahli juga dijemput untuk membawa makanan (ala² potluck) untuk dirasai sesama kita..
Maka, kelab menyeru kepada semua ahli agar dapat mengimarahkan lagi Program yang dianjurkan oleh Biro Kebajikan dan Kerohanian, Kelab Sukan dan Kebajikan PKU ini...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.